Soalan


Soalan Panas

Berikut adalah soalan yang kerap ditanyakan

Adakah Program ini Sah/Legal?
Club-Asteria adalah syarikat berdaftar USA di alamat berikut
Club Asteria, Asteria Corporation
1934 Old Gallows Road,
Suite 350, Vienna, VA 22182,
Tel: 1-703-226-8097 Fax: 1-703-832-0772
Email: info@club-asteria.com

Diasaskan oleh Andrea Lucas, bekas Pengarah IFC,  Bank Dunia.
Anda boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Club-asteria telah didaftarkan di Virginia dan juga ahli "Chamber of Commerce" dan sijil pendaftaran ada di web club-asteria atau klik Sijil Pendafararan Syarikat.


Adakah benar Andrea Lucas itu bekas Pengarah IFC Bank Dunia?
Berikut adalah surat pengesahan dari World Bank bahawa Pengarah Urusan Club-Asteria, Andrea Lucas adalah bekas Pengarah Kewangan IFC, Bank Dunia. Sila klik "Surat Pengesahan Bank Dunia".

Apakah Produk Club-Asteria?
Program Club-Asteria bukan menyediakan produk fizikal seperti MLM. Club-Asteria akan memberikan produk dalam bentuk maya/virtual contoh Program Latihan Usahawan dalam bentuk audio/video/ebook/etc yang akan disediakan selepas pelancaran website nanti. Banyak lagi kemudahan/produk yang akan disediakan. Sila rujuk website syarikat.

Bagaimana Club-Asteria memperolehi keuntungan?
Club-Asteria akan berkerjasama dengan beberapa program dan menjadi partner/rakankongsi/affiliate dimana program-program tersebut akan diberikan atau ditawarkan kepada ahli untuk digunakan atau ahli juga diberi pilihan untuk menjadi rakankongsi/affiliate dengan program tersebut. Contohnya Shopping Mall atau Pakej Percutian dimana ahli boleh membeli barang/pakej disitu dengan harga diskaun dan pihak syarikat akan mendapat keuntungan. Itu hanya satu contoh yang ada sekarang, banyak lagi yang telah dirancang. Nantikan info terkini diwebsite club-asteria.

Adakah Ini Skim Cepat Kaya?
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Maklumat lanjut disini (sumber BNM)

Adakah Program ini Skim Pelaburan?
Club-Asteria adalah program referral (keahlian) yang memberikan keuntungan syarikat kepada ahli-ahli berdasarkan keuntungan bersama (Profit Sharing). Tiada unsur pelaburan atau terlibat dalam mana2 program pelaburan. Sila baca dan kaji program ini diwebsite Club-Asteria.

Adakah benar boleh dapat $400 setiap minggu?
TIDAK tepat, program ini berdasarkan keuntungan bersama (profit sharing) dimana paling tinggi setiap ahli boleh dapat $400 pada minggu tertentu BUKAN setiap minggu bergantung kepada keuntungan syarikat.

Adakah Syarikat berikan bonus purata 7% seminggu?
Juga TIDAK tepat. Bonus dikira berdasarkan keuntungan syarikat setiap minggu, ia tidak tetap diantara 0-10%. Jika keuntungan syarikat pada minggu itu melebih 10%, maka hanya 10% bonus akan diberikan dan selebihnya akan dimasukkan kedalam "Pool". Jika pada minggu depan keuntungan mingguan syarikat menurun, maka keuntungan akan diambil dari "Pool" untuk diberikan bonus kepada ahli sehingga 10%.

Jika saya ada 1000 asterios dengan bonus 10%, adakah saya dapat $100?
TIDAK, bonus yang diterima berdasarkan formula 80/20. Dalam kes ini, 10% dari 1000 asterios adalah 100 dimana 80% dari 100 iaitu 80 asterios yang dimasukkan semula menjadi total asterios ialah 1080. Manakala baki 20% dari 100 tadi adalah $20 (tunai) yang boleh dikeluarkan. Sila rujuk Plan-Insentif untuk penerangan lanjut.

Program ini Halal kah?
Club-Asteria bukan skim pelaburan. Ia adalah program keahlian dan juga berkongsi keuntungan dengan ahli-ahli. Tiada jaminan keuntungan diberikan. Bonus yang diterima adalah hadiah/saguhati bukan hasil pelaburan kerana tiada unsur pelaburan yang terlibat.

Syarikat juga telah berjanji tidak melibatkan dengan program pelaburan, perjudian dan syarikat arak kerana bukan itu matlamat syarikat.

Keuntungan mingguan adalah tidak tetap, paling tinggi ialah 10% dan ia mungkin boleh turun sehingga 0% bergantung kepada keuntungan syarikat. Had maksima asterios yang dibenarkan ialah 20,000 asterios atau dengan kata lain bonus yang paling tinggi jika berdasarkan 10% ialah $400 seminggu (maksima) tetapi ia akan lebih rendah jika peratusan turun atau tiada langsung. Anda tidak akan rugi jika syarikat tidak untung, cuma anda tidak akan mendapat apa2 bonus atau 0%.

Pembelian asterios tambahan adalah pilihan dan anda boleh menyertai program ini dengan kos serendah $10 sebulan. Kelebihan membeli asterios ialah hanya untuk mempercepatkan mencapai tahap maksima 20,000 asterios yang dibenarkan selain untuk memohon menjadi Network Director dan bukan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

Betulkah Program ni berkonsep Duduk Diam Dapat Duit (4D)?
Sekali lagi, Club-Asteria bukan program pelaburan dan tiada perjanjian diantara anda dengan syarikat. Konsep 4D adalah tidak tepat..

Pertama, anda perlu bayar keahlian setiap bulan untuk melayakkan mendapat bonus mingguan dan lain2 kemudahan.  Jika anda duduk diam dan tak bayar, bagaimana anda boleh dapat komisen?

Keduanya, bonus mingguan tidak tetap dan mungkin akan kosong atau 0%, ini bermakna anda tidak akan dapat apa2 bonus. Bagaimana anda boleh duduk diam dapat duit jika bonus anda kosong/zero?

Bonus mingguan adalah hadiah/saguhati dari pihak syarikat. Club-Asteria berhak menentukan berapa bonus yang anda dapat minggu ini.

Bolehkah saya dapat sehingga $400 seminggu dengan keahlian hanya $10 atau $20 sebulan?
Seperti yang kami nyatakan diatas, setiap ahli akan mendapat bonus mingguan berdasarkan jumlah asterios yang anda miliki. Setiap bayaran keahlian bulanan akan menerima 10 atau 20 asterios bergantung kepada jenis keahlian. $10 (silver) dan $20 (gold). Jumlah asterios akan bertambah setiap minggu berdasarkan Formula 80/20 dan juga peratus bonus diterima. Setiap ahli akan boleh ada sehingga 20,000 asterios (maksima). Jika bonus pada minggu tersebut ialah 10%, maka ahli akan mendapat $400. Jadi soalan diatas adalah BENAR cuma bergantung kepada tempoh masa yang diambil untuk mencapai maksima 20,000 asterios. Sila rujuk table income calculator di blog ini.

Boleh tak saya buka banyak akaun guna nama saya?
Tak boleh, hanya satu akaun satu nama dan satu kad pengenalan. Sila buka atas nama suami, isteri, isteri-isteri, ibu,bapa, adik atau abang yang ada kad pengenalan. Hanya mereka yang berumur lebih 18 atau 19 tahun layak dari segi undang-undang untuk menyertai program ini. Kad pengenalan diperlukan kerana ia syarat dikenakan oleh kerajaan US kepada club-asteria yang berdaftar sah dari segi undang-undang.

Apakah bukti Club-Asteria Bayar?
Sila lihat bukti pembayaran oleh salah-seorang ahli kami
"Klik Saya Mahu Lihat Bukit Anda"


Music