Tuesday, March 1, 2011

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.



Thursday, February 10, 2011

Info terkini Website Baru

Sila baca info terkini (news) di website Club-Asteria. Berikut adalah ringkasan..

Pelancaran website baru club-asteria ditangguh sehingga hari Isnin kerana memberi laluan kepada pemberian bonus hari ni dan cashout. Proses upgrading melibatkan lebih 120,000 akaun ahli dan server baru boleh menampung sehingga 1 juta ahli.

Antara ciri-ciri automatik terbaru website nanti ialah .
  • Bayaran langganan melalui Alertpay, Paypal, SolidTrustPay, CashX dan yang terbaru Towah (akan diumumkan kemudian)
  • Ganjaran keahlian 10 asterios untuk ahli silver dan 20 asterios untuk ahli Gold.
  • Komisen tajaan $4.50 untuk upline silver dan $9 untuk upline gold
  • Belian program, produk, servis dan asterios
  • 10% komisen tunai kepada upline dimana ahli beli program, produk, servis dan asterios
  • Network Director boleh upload gambar dan testimoni dari "back-office"
Berikut adalah perkara PENTING
  • Rekod transaksi cash & asterios dari sistem lama tidak akan dipindahkan ke sistem baru. Anda akan diberikan link ke rekod transaksi tersebut untuk beberapa bulan bagi tujuan menyalin data ke komputer sendiri untuk rujukan dikemudian hari
  • Anda mesti melengkapkan profile di "back office"
  • Semua warganegara US dan yang tinggal di US yang mendapat pendapatan/komisen club-asteria melebihi $600 setahun diminta mengisi borang khas dari kerajaan US. Kegagalan menyebabkan cashout tidak dibenarkan.
  • Anda diingatkan mesti membaca "news" untuk layak mendapatkan bonus mingguan dan komisen.
  • Adalah PENTING sistem baru akan mengenalpasti ahli yang tidak membuat bayaran bulanan (langganan) dan menukar status ke FREE dimana anda tidak layak menerima sebarang komisen atau bonus mingguan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa membayar langganan bulanan (monthly subscription)
  • SolidTrustPay tidak lagi akan digunakan sebagai agen pembayar sehingga hujung bulan Februari. Anda diminta menggunakan agen pembayar yang lain.
Manafaat (benefits) tambahan.. Anda tentu sudah maklum Club-Asteria ada memperkenalkan 3 produk eksklusif iaitu
  • e-commerce solution: www.asteria-pro.com
  • lead capture/email marketing portal: www.asteriastar.com
  • Entrepreneurial education series: www.clubasteriaeducation.com
E-commerce solution dan Entrepreneurial education series adalah 2 produk yang amat bernilai yang diberikan PERCUMA kepada semua ahli GOLD. AsteriaStar adalah PERCUMA kepada Network Director sahaja. Juga boleh dilanggan dengan bayaran $99 sebulan atau $250 untuk 90 hari.

Harap Maklum. Maklum lanjut sila baca "News"

Monday, February 7, 2011

Berita Menarik - Pelancaran Web Baru Minggu ini

Seperti yang anda sedia maklum melalui "news" di web club-asteria dan juga blog ini, website baru Club-Asteria akan dilancarkan pada rabu/khamis ini. Sehubungan dengan itu, semasa proses pemindahan data dan upgrading, anda akan dapat melihat website baru tetapi tidak boleh login atau membuat pendaftaran. Dijangka boleh digunakan pada hari Jumaat.

Perkembangan lanjut semasa proses "upgrading" ini boleh diikuti melalui http://www.cumada.com/index.php?ref=NEWS.asteria

Club-Asteria mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan produk bercirikan "e-commerce" yang canggih. Sila lihat Video E-Commerce di http://www.asteria-pro.com/VideoTraining/intro2ecommerce1.htm

Saturday, February 5, 2011

islamic song - PadaMu kubersujud



PadaMu Ku Bersujud


Ku menatap dalam gelap
 tiada yang bisa ku lihat 
selain hanya namaMu Ya Allah...
Esok ataukah nanti 
ampuni semua salahku..
lindungi aku dari segala fitnah..
Kau tempat ku meminta..
Kau beriku bahagia 
jadikan aku selamanya 
hambaMu yang selalu bertaubat
ampuniku Ya Allah! 
yang sering melupakanMu 
saat Kau limpahkan kurniaMu 
dalam sunyi aku bersujud.





Website Upgrade

Club-Asteria dalam proses memindahkan data ke website baru sekarang sehingga minggu depan dan dijangka "live" pada hari Rabu (hari khamis disini). Buat masa ini link "My Referral" dan "Program Identifier" ditiadakan semasa proses pemindahan data dan akan kembali berfungsi selepas website baru "live"

Club-Asteria juga akan mengkaji semula produk dan program yang sediaada. Nantikan pengumuman menarik dari Club-Asteria dalam masa beberapa hari lagi.

Music